Sunday, May 29, 2011

Perlukah kita mengetahui kekasih baru ex-boyfriend dan ex-girlfriend?


Manusia yg BODOH

Terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa boyfriend atau girlfriend ex-kekasih kita. Kalau kita dapat tahu pasti bestkan. Tetapi bila kita fikirkan sedalam-dalamnya pasti akan timbul pertanyaan,adakah tindakan kita tu betul? Adakah tindakan kita itu akan mengganggu privasi kehidupan ex-boyfriend atau ex-grifriend kita?
Tapi yang pasti nanti akan buat kita berasa marah dan tak suka. Makin geram dan semakin gusar hati kita. Nak-nak pula kekasih baru mereka itu orang kita kenal dan kita pernah berhadapan dengan mereka.Tak kita akan merasa marah dan geram? Maka tak perlulah kita ambil tahu dan peduli siapakah kekasih baru ex-boyfriend dan ex-girlfriend kita itu.
Baik kita perbaiki dan perbetulkan diri kita daripada kita mengetahui siapakah kekasih mereka. Buktikan kepada mereka yang mereka akan menyesal kerana meninggalkan kita. Daripada selidiki kekasih baru mereka baik kita selidiki kelemahan dan kekurangan kita. Dan pasti ini akan merubah serta menjadikan kita terbaik kepada yang terbaik.

Renungan Sebelum Tidur


Kita dilahirkan dengan dua mata di depan, kerana seharusnya kita melihat yang ada di depan dan bukan yang sudah berlalu.

Kita lahir dengan dua telinga, satu kiri dan satu di kanan sehingga kita dapat mendengar dari dua sisi dan dua arah. Menangkap pujian mahupun  kritikan, dan mendengar mana yang salah dan mana yang benar.
Kita dilahirkan dengan otak tersembunyi di kepala, sehingga bagaimanapun miskinnya kita, kita tetap kaya. Kerana tak seorang pun dapat mencuri isi otak kita. Yang lebih berharga dari segala permata yang ada.
Kita dilahirkan dengan dua mata, dua telinga, namun cukup dengan satu mulut.Kerana mulut tadi adalah senjata yang tajam, Yang dapat melukai, memfitnah,bahkan membunuh. Lebih baik sedikit bicara, tapi banyak mendengar dan melihat.

Kita dilahirkan dengan satu hati, yang mengingatkan kita. Untuk menghargai dan memberikan cinta kasih dari dalam lubuk hati. Belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai, tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai anda dengan cara dan sebanyak yang sudah anda berikan.
Berikanlah Cinta tanpa mengharapkan balasan, maka anda akan menemukan bahawa hidup ini terasa menjadi lebih indah. 
"Jika kamu menyayangi seseorang lepaskanlah dia pergi dari hidupmu, kerana andai dia jodohmu. Pasti dia akan kembali. Jika tidak, berbahagialah kerana dia sudah menjumpai orang yang dicintainya."

Thursday, May 26, 2011

terima kasih

dengar sini wahai rakyat jelata sekalian.
kami, dari keturunan TUNGGAL mengucapkan terima kasih kepada nama-nama berikut atas kesudian kalian membantu kami pergi makan di sekitar Penang.

Nama-nama yang diucapkan terima kasih ialah :


ribuan terima kasih diucapkan.
semoga kalian dapat meningkatkan lagi usaha untuk membawa TUNGGAL ke merata tempat lagi.
anda semua diberikan pingat jasa seperti yang di bawah :

setiap anda akan dapat satu yer.




tahniah diucapkan sekali lagi.
sekian.




Tuesday, May 17, 2011

DILEMA~~

hai korang!
pe khabar??
rindu la kat awak sume..
saya nak mintak maaf kat awak semua..*tetiba je kan* hehe.. >.<

saya nak tanya ni je..
MACAM MANE NAK BAGI ADE HATI KAT SESUATU AH??
saya perlu ade hati kat benda tu..tp macamane nk bagi ade hati kat benda tu??

huuuuu.. ;(

k,la sume....assalamualaikum! selamat sejahtera..

p/s :: xmintak di jawab pun.. saje nak menulis.. hehe 

Friday, May 13, 2011

~Bila Terasa Sunyi~

 => selalunya kita akan rasa sunyi bila keseorangan..bila sendiri selalu pkir masalah n mcm2 lagi la..waktu2 cmni la bru nk pkir bnda2 cm ni..jadi bila sunyi ape kta kita wat bnda ni..just copy je..hehe
  
                               

Apa Nak Buat Bila Terasa Sunyi?

Jadi kalau kita dah tahu bila dan kenapa kita sunyi, kita boleh la buat seperti perkara dibawah ni bila kesunyian:
1.) Ambil masa untuk maafkan semua orang yang pernah sakitkan hati kita. Kita tak tahu bila kita akan meninggal dunia, kalau kita tak maafkan semua orang, mungkin ada yang terpaksa menanggung dosa sampai dia meninggal, jadi dalam masa kesunyian tu tadi, kita sebenarnya akan lebih terbuka dan berfikiran positif.
2.) Kenang semula kejayaan yang kita kecapi. Mungkin dahulu kita pernah menang acara lumba lari masa sekolah rendah atau mendapat tempat pertama di dalam sekolah, dengan mengenang semula kenangan-kenangan manis ni, sedikit sebanyak dapat memberi kita motivasi untuk berjaya, atau bangun dari kekecewaan.
3.) Membuat sebarang keputusan semasa kesunyian ni sangat bagus, sebabnya kita tidak diganggu atau dipengaruhi oleh orang lain. Contohnya kita nak buat keputusan untuk kerja dengan kerajaan atau dengan swasta, masa-masa kesunyian inilah masa sesuai untu kita membuat keputusan.
4.) Siapa yang ada blog macam aku ni, mungkin boleh buat entri luahan hati, atau cara lain adalah membalas komen-komen dari pembaca. Kebiasaanya, cara ni berkesan, sebab berblog ni dah menjadi sebahagian dari diri aku.
5.) Paling berkesan untuk menangani kesunyian adalah tidur. Memang mujarab ubat ni, sebabnya, bila kita dah fikir terlalu lama, otak kita akan letih, jadi tak guna juga kalau nak fikir terlalu banyak. Kalau fikir perkara-perkara yang bermanfaat tu baguslah, tapi elakan untuk fikir yang buruk-buruk.



Apa perkara yang jangan dibuat ketika sunyi?

a.) Tidak membuat bising sehingga menggangu orang lain. Buat bising ni samalah dengan bukak lagu kuat-kuat, jerit macam orang hilang akal atau banyak lagi.
b.) Fikir akan kesalahan orang kepada kita. Mungkin ada yang pernah putus cinta atau disakitkan hati. Elakan untuk memikirkan kesalahan orang terhadap kita, sebaliknya, fikirkan kesalahan kita terhadap orang lain mungkin itu lebih menginsafkan diri

Wednesday, May 11, 2011

~Tips Menahan Marah~

pergi kt link dibwah...heeeeeeeee -

                                                    TIPS MENAHAN MARAH =.='

Tuesday, May 10, 2011

~Tiada Istilah Perigi Cari Timba~

satu ungkapan utk mndpt sesuatu yg terbaik adlah dgn mnjadi yg terbaik...pelihralah imanmu whai diri...copy from dr. maza

"Kata Anas bin Malik r.a: "Seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w dan menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda s.a.w). Kata wanita tersebut: "Wahai Rasululullah! apakah engkau inginkan daku?". Anak perempuan Anas mengulas cerita Anas dengan berkata: "Alangkah kurang malunya dia, aduhai malunya, aduhai malunya". Kata Anas: "Wanita itu lebih baik daripadamu, dia teringinkan Nabi s.a.w dan menawarkan dirinya" (Riwayat al-Bukhari)...

Friday, May 6, 2011

~Mukmin Sejati~

-waaaaa..sedey bila hayati lirik lagu ni..sma2 la kita brmuhasabah..td da tngok cita CINTA TIKAR SEJADAH..sgt menarik ayt2 dlm cita 2..n sush juga nk lpakan suma dosa yg kita lakukan..astaghfirullah..marilah bermuhasabah diri..insyaALLAH..


Orang mukmin yang sejati
Jika terbuat dosa
Hatinya luka punah
Sedih dan derita
Jiwanya parah tak boleh
Melupakannya sepanjang masa
Kalau ia anggota lahir
Tentu nampak berdarah
Kalaupun sembuh dari lukanya
Namun parutnya masih ada


Begitulah halus perasaan
Seorang hamba yang berdosa
Dia tak boleh melupakannya sepanjang masa
Bagaimana dia boleh melupakannya
Kerana parutnya masih ada



Ertinya ingatannya pada dosa
Tak boleh dilupakannya
Teringat sahaja jiwanya tersiksa
Teringat sahaja hatinya derita
Payah sekali dia mahu melupakannya



Perasaan ini anugerah
Dan nikmat dari tuhannya
Takut dengan dosanya itu
Jadi syafaat padanya
Tersiksa dengan dosa
Derita dengan kesalahan
Dianggap oleh Allah itulah
Hukuman kepada hambanya
Moga di akhirat kelak terselamat
Daripada siksa neraka



Begitulah hati seorang mukmin
Sentiasa sahaja ia bergelora
Kerana takut dengan tuhannya
Lebih lagi setelah terbuat dosa



tima kasih sbb sudi baca..:)

Sunday, May 1, 2011

rindu

assalamualaikum wbt.

apa khabar korang? *ramah pulak dah * haha

sy RINDU nak tgk daly nyanyi lagu korea *gile koya!*
sy RINDU nak dgr melin nyanyi..*jacklyn victor*
sy RINDU nak dgr fara bt lawak gondol..*permaisuri lawak*
sy RINDU nak dgr hazirah bercakap ngan laptop..
sy RINDU nak tgk ain mengomel kt bilik *xtau pebenda* huhu..
sy RINDU nak tgk najwa teruja kat dlm fb..

sy RINDU semua orang~~~~ :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...