Friday, June 3, 2011

Manusia yg Pandai Berpura-pura

hmmmmmmmmm.. .entry ni psal xsuka ngan org yg pndi berpura-pura utk kepentingan diri sendiri.. npa la bodoh sgt org yg percya kt manussia yg mcm tu.. hmmmmmmmm,plik btul manusia skrg ni.. lagi satu, tolong la jgn wat baik, sbb ada agenda jhat.. ikhlas skit nk x? haish!! klu jumpa manusia cam ni lagi skali mmg nk kna la.. xmalu ke? ingt org suka la buat prangai cm tu.. ingtla, awk tu hidup kt dunia ni pun hnya pinjaman je.. xlama pun awk nk kekal dgn kehidupan awk tu.. haish.. bila la nk sedar.. mungkin dh TERHANTUK BARU TERNGADAH.. sama2 la kita doakan supaya dya sedar dan berubah ye.. amin!!

nampak baik tapi sebenarnya jahat!














Sunday, May 29, 2011

Perlukah kita mengetahui kekasih baru ex-boyfriend dan ex-girlfriend?


Manusia yg BODOH

Terlintas dalam fikiran saya samada perlu ke kita tahu siapa boyfriend atau girlfriend ex-kekasih kita. Kalau kita dapat tahu pasti bestkan. Tetapi bila kita fikirkan sedalam-dalamnya pasti akan timbul pertanyaan,adakah tindakan kita tu betul? Adakah tindakan kita itu akan mengganggu privasi kehidupan ex-boyfriend atau ex-grifriend kita?
Tapi yang pasti nanti akan buat kita berasa marah dan tak suka. Makin geram dan semakin gusar hati kita. Nak-nak pula kekasih baru mereka itu orang kita kenal dan kita pernah berhadapan dengan mereka.Tak kita akan merasa marah dan geram? Maka tak perlulah kita ambil tahu dan peduli siapakah kekasih baru ex-boyfriend dan ex-girlfriend kita itu.
Baik kita perbaiki dan perbetulkan diri kita daripada kita mengetahui siapakah kekasih mereka. Buktikan kepada mereka yang mereka akan menyesal kerana meninggalkan kita. Daripada selidiki kekasih baru mereka baik kita selidiki kelemahan dan kekurangan kita. Dan pasti ini akan merubah serta menjadikan kita terbaik kepada yang terbaik.

Renungan Sebelum Tidur


Kita dilahirkan dengan dua mata di depan, kerana seharusnya kita melihat yang ada di depan dan bukan yang sudah berlalu.

Kita lahir dengan dua telinga, satu kiri dan satu di kanan sehingga kita dapat mendengar dari dua sisi dan dua arah. Menangkap pujian mahupun  kritikan, dan mendengar mana yang salah dan mana yang benar.
Kita dilahirkan dengan otak tersembunyi di kepala, sehingga bagaimanapun miskinnya kita, kita tetap kaya. Kerana tak seorang pun dapat mencuri isi otak kita. Yang lebih berharga dari segala permata yang ada.
Kita dilahirkan dengan dua mata, dua telinga, namun cukup dengan satu mulut.Kerana mulut tadi adalah senjata yang tajam, Yang dapat melukai, memfitnah,bahkan membunuh. Lebih baik sedikit bicara, tapi banyak mendengar dan melihat.

Kita dilahirkan dengan satu hati, yang mengingatkan kita. Untuk menghargai dan memberikan cinta kasih dari dalam lubuk hati. Belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai, tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai anda dengan cara dan sebanyak yang sudah anda berikan.
Berikanlah Cinta tanpa mengharapkan balasan, maka anda akan menemukan bahawa hidup ini terasa menjadi lebih indah. 
"Jika kamu menyayangi seseorang lepaskanlah dia pergi dari hidupmu, kerana andai dia jodohmu. Pasti dia akan kembali. Jika tidak, berbahagialah kerana dia sudah menjumpai orang yang dicintainya."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...