Sunday, May 29, 2011

Renungan Sebelum Tidur


Kita dilahirkan dengan dua mata di depan, kerana seharusnya kita melihat yang ada di depan dan bukan yang sudah berlalu.

Kita lahir dengan dua telinga, satu kiri dan satu di kanan sehingga kita dapat mendengar dari dua sisi dan dua arah. Menangkap pujian mahupun  kritikan, dan mendengar mana yang salah dan mana yang benar.
Kita dilahirkan dengan otak tersembunyi di kepala, sehingga bagaimanapun miskinnya kita, kita tetap kaya. Kerana tak seorang pun dapat mencuri isi otak kita. Yang lebih berharga dari segala permata yang ada.
Kita dilahirkan dengan dua mata, dua telinga, namun cukup dengan satu mulut.Kerana mulut tadi adalah senjata yang tajam, Yang dapat melukai, memfitnah,bahkan membunuh. Lebih baik sedikit bicara, tapi banyak mendengar dan melihat.

Kita dilahirkan dengan satu hati, yang mengingatkan kita. Untuk menghargai dan memberikan cinta kasih dari dalam lubuk hati. Belajar untuk mencintai dan menikmati untuk dicintai, tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain mencintai anda dengan cara dan sebanyak yang sudah anda berikan.
Berikanlah Cinta tanpa mengharapkan balasan, maka anda akan menemukan bahawa hidup ini terasa menjadi lebih indah. 
"Jika kamu menyayangi seseorang lepaskanlah dia pergi dari hidupmu, kerana andai dia jodohmu. Pasti dia akan kembali. Jika tidak, berbahagialah kerana dia sudah menjumpai orang yang dicintainya."

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...