Friday, May 13, 2011

~Bila Terasa Sunyi~

 => selalunya kita akan rasa sunyi bila keseorangan..bila sendiri selalu pkir masalah n mcm2 lagi la..waktu2 cmni la bru nk pkir bnda2 cm ni..jadi bila sunyi ape kta kita wat bnda ni..just copy je..hehe
  
                               

Apa Nak Buat Bila Terasa Sunyi?

Jadi kalau kita dah tahu bila dan kenapa kita sunyi, kita boleh la buat seperti perkara dibawah ni bila kesunyian:
1.) Ambil masa untuk maafkan semua orang yang pernah sakitkan hati kita. Kita tak tahu bila kita akan meninggal dunia, kalau kita tak maafkan semua orang, mungkin ada yang terpaksa menanggung dosa sampai dia meninggal, jadi dalam masa kesunyian tu tadi, kita sebenarnya akan lebih terbuka dan berfikiran positif.
2.) Kenang semula kejayaan yang kita kecapi. Mungkin dahulu kita pernah menang acara lumba lari masa sekolah rendah atau mendapat tempat pertama di dalam sekolah, dengan mengenang semula kenangan-kenangan manis ni, sedikit sebanyak dapat memberi kita motivasi untuk berjaya, atau bangun dari kekecewaan.
3.) Membuat sebarang keputusan semasa kesunyian ni sangat bagus, sebabnya kita tidak diganggu atau dipengaruhi oleh orang lain. Contohnya kita nak buat keputusan untuk kerja dengan kerajaan atau dengan swasta, masa-masa kesunyian inilah masa sesuai untu kita membuat keputusan.
4.) Siapa yang ada blog macam aku ni, mungkin boleh buat entri luahan hati, atau cara lain adalah membalas komen-komen dari pembaca. Kebiasaanya, cara ni berkesan, sebab berblog ni dah menjadi sebahagian dari diri aku.
5.) Paling berkesan untuk menangani kesunyian adalah tidur. Memang mujarab ubat ni, sebabnya, bila kita dah fikir terlalu lama, otak kita akan letih, jadi tak guna juga kalau nak fikir terlalu banyak. Kalau fikir perkara-perkara yang bermanfaat tu baguslah, tapi elakan untuk fikir yang buruk-buruk.



Apa perkara yang jangan dibuat ketika sunyi?

a.) Tidak membuat bising sehingga menggangu orang lain. Buat bising ni samalah dengan bukak lagu kuat-kuat, jerit macam orang hilang akal atau banyak lagi.
b.) Fikir akan kesalahan orang kepada kita. Mungkin ada yang pernah putus cinta atau disakitkan hati. Elakan untuk memikirkan kesalahan orang terhadap kita, sebaliknya, fikirkan kesalahan kita terhadap orang lain mungkin itu lebih menginsafkan diri

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...